Di sini, kami berbesar hati membuka peluang kepada Tuan Puan semua untuk menaja juadah berbuka dan sumbangan ramadhan bagi anak-anak yang sedang menuntut ilmu di madrasah kami. Dengan sokongan Tuan Puan, mereka dapat berbuka dengan sempurna, terus kuat dan lebih bersemangat menimba ilmi pada hari-hari yang penuh barakah ini. Sumbangan boleh dibuat mengikut kemampuan masing-masing. Sedikit atau banyak, semuanya amat berharga di sisi Allah SWT dan menjadi amal jariah yang pahalanya berterusan. Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadhan ini dengan memberi, menyalurkan rezeki, dan menjadi asbab kebaikan untuk anak-anak yang sedang menuntut ilmu. Semoga setiap usaha
Dan di sinilah kita semua boleh menjadi asbab perubahan hidup mereka. Dengan infaq sekecil mana pun, kita membuka jalan untuk mereka terus belajar, terus menghafaz, dan membina masa depan yang lebih baik, bukan hanya untuk diri mereka tetapi untuk ummah seluruhnya.
![]()
Sejak tahun 2017, Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) di bawah naungan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri berjuang membina generasi penghafaz Al-Quran dan hadis Rasulullah ,Kini dalam keadaan sekarang kami amat memerlukan bantuan dari Hamba Allah yang budiman untuk menampung kos yang semakin naik untuk makan & minum pelajar serta tenaga pengajar yang berkhidmat di madrasah ini.
Lokasi Kami
4324,Belakang Masjid Al-Muqarabbin Gong Kepas,
Kampung Raja,22200,Besut,Terengganu
Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab keberkatan hidup dan syafaat di akhirat.
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60112-3139991 Mudir/Pengerusi