BANTU MEREKA UNTUK TERUS MENGHAFAZ KALAM ALLAH
Cabaran paling besar mana-mana tahfiz bukan pada mendidik tetapi untuk memastikan anak-anak ini tidak terhenti daripada belajar hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran. Di Maahad Tahfiz Darul Hadis Darsa Terengganu (MTDHDT), kami menerima pelajar dari pelbagai latar belakang. Ada yang mampu membayar yuran tetapi ada juga yang datang dari anak yatim, asnaf dan keluarga yang serba tidak berkemampuan. Namun ada satu perkara yang sama dalam diri mereka. Cita-cita yang tinggi untuk menghafaz Al-Quran. Mereka datang dengan hati yang bersih, semangat yang kuat... cuma tidak ada kemampuan kewangan
Dan di sinilah kita semua boleh menjadi asbab perubahan hidup mereka. Dengan infaq sekecil mana pun, kita membuka jalan untuk mereka terus belajar, terus menghafaz, dan membina masa depan yang lebih baik, bukan hanya untuk diri mereka tetapi untuk ummah seluruhnya.
![]()
Sejak tahun 2017, Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) di bawah naungan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri berjuang membina generasi penghafaz Al-Quran dan hadis Rasulullah ,Kini dalam keadaan sekarang kami amat memerlukan bantuan dari Hamba Allah yang budiman untuk menampung kos yang semakin naik untuk makan & minum pelajar serta tenaga pengajar yang berkhidmat di madrasah ini.
Lokasi Kami
4324,Belakang Masjid Al-Muqarabbin Gong Kepas,
Kampung Raja,22200,Besut,Terengganu
![]()
Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab keberkatan hidup dan syafaat di akhirat.
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60112-3139991 Mudir/Pengerusi